Total Pageviews

Search This Blog

nuffnang

Wednesday, December 30, 2009

Ke rumah anak yatim Kasih Harmoni Paya Jaras


Sebak...itulah yang dapat i gambarkan tatkala melayan dan melihat telatah anak2 yatim di situ. Kami berada di situ oleh kerana membuat tahlil dan doa selamat sempena 100 hari arwah pakcik  meninggal dan juga arwah mak i. Actually title i ngan anak2 tu sama jer cuma nasib i lebih baik kerana mereka tu masih budaklagi kira2 3-15 tahun. Menu hari itu dimasak oleh abah i iaitu Nasi Briyani-Sambal Udang Petai-Jelatah-Ayam Goreng Rempah-Papadom-Buah. Tapi seriously lepas sendukkan makanan untuk dorang sepatutnya makan skali ngan dorang tapi kami x lalu makan oleh kerana sedih, cuma abg ipar i je yg makan sambil ramah melayan anak2 di situ. Apalagi mata sumernyer merah dan berair hihihii...Lepas makan mereka trus membasuh pinggan tapi saya bersama kakak sulung saya dan anaknya mengambil alih basuh pinggan, yelah biarlah satu hari ni dorang 'cuti' basuh pinggan. Habis basuh pinggan kami ke upacara memberi wang kepada penghuni rumah tersebut...rata2 kanak2 di situ x lokek untuk salam pada kami semua oleh kerana gembira kerana ada juga org yg nak beramah mesra dengan mereka. Kemudian kami pon berborak dengan guru dan penghuni rumah itu , mereka mengatakan bahawa apa saja yg org beri mereka dengan senang hati menerimanya namun jika benda itu berlebihan maka mereka akan panjangkan sumbangan tersebut kepada org lain contohnya ada juga penduduk sekitar itu yg daif dan susah.Tiba2 hati i rasa nk buat donation pada mereka n setakat ni ada laa mengumpul sikit2 baju or apa2 yg perlu daripada kawan2 untuk disumbangkan pada mereka. Lepas habis majlis kami pon mohon pulang tapi nak singgah jap umah abah sebab lapar so makan kat umah abah je laa. Sesampainya di rumah abah trus makan...hmm memang sedap laa nasi briyani tuh walaupon makan nasi dan ayam goreng je sebab sambal udang xde n saya x makan dalca oleh kerana ada kambing. Lepas makan gerak balik tapi g antar abg ipar ke Kl Sentral dan pakat tdo di rumah gombak saja. Seblom tdo sempat panjatkan doa kepada arwah mak dan pakcik i moga2 mereka dtempatkan di kalangan org yg beriman dan semoga doa2 itu sampai ke arwah...amin

1 comment:

  1. salam...boleh sy tahu no telefon rumah kasih harmoni di paya jaras itu...

    ReplyDelete