Total Pageviews

Search This Blog

nuffnang

Wednesday, December 30, 2009

Akhirnyaaaaa.............

Ngeh3x...at last dapat gak kasut yang berkenan dihati...mulanya cadang juz nak tgk2 je sambil membeli brg keperluan opis tuptup hambik ko. Yang penting ini kasut bukan wedges tapi nampak tinggi n comfortable . Lgpon bukan slalu dapat beli kasut pon sebab bila nak beli x berkenan plak ngan designnya. Kiranya bergaya laa dgn kasut baru new year eve nih.....ok..ok nak verangan sebentar chowwww

UBS

Sorry coz x leh nk hapdet byk bcoz of since smlm ada ubs training...so arini kenelah practice nak gunakannya. Smlm nampak mcm senang tapi bila nk start buat arini masya allah susah la plak...haih npelah baru nak guna ni , yelah dah 30 thn baru nak blajo...k la nak sambung practise lagi...wish me luck....daaaa

HAPPY NEW YEAR ALL !!!!!

Ke rumah anak yatim Kasih Harmoni Paya Jaras


Sebak...itulah yang dapat i gambarkan tatkala melayan dan melihat telatah anak2 yatim di situ. Kami berada di situ oleh kerana membuat tahlil dan doa selamat sempena 100 hari arwah pakcik  meninggal dan juga arwah mak i. Actually title i ngan anak2 tu sama jer cuma nasib i lebih baik kerana mereka tu masih budaklagi kira2 3-15 tahun. Menu hari itu dimasak oleh abah i iaitu Nasi Briyani-Sambal Udang Petai-Jelatah-Ayam Goreng Rempah-Papadom-Buah. Tapi seriously lepas sendukkan makanan untuk dorang sepatutnya makan skali ngan dorang tapi kami x lalu makan oleh kerana sedih, cuma abg ipar i je yg makan sambil ramah melayan anak2 di situ. Apalagi mata sumernyer merah dan berair hihihii...Lepas makan mereka trus membasuh pinggan tapi saya bersama kakak sulung saya dan anaknya mengambil alih basuh pinggan, yelah biarlah satu hari ni dorang 'cuti' basuh pinggan. Habis basuh pinggan kami ke upacara memberi wang kepada penghuni rumah tersebut...rata2 kanak2 di situ x lokek untuk salam pada kami semua oleh kerana gembira kerana ada juga org yg nak beramah mesra dengan mereka. Kemudian kami pon berborak dengan guru dan penghuni rumah itu , mereka mengatakan bahawa apa saja yg org beri mereka dengan senang hati menerimanya namun jika benda itu berlebihan maka mereka akan panjangkan sumbangan tersebut kepada org lain contohnya ada juga penduduk sekitar itu yg daif dan susah.Tiba2 hati i rasa nk buat donation pada mereka n setakat ni ada laa mengumpul sikit2 baju or apa2 yg perlu daripada kawan2 untuk disumbangkan pada mereka. Lepas habis majlis kami pon mohon pulang tapi nak singgah jap umah abah sebab lapar so makan kat umah abah je laa. Sesampainya di rumah abah trus makan...hmm memang sedap laa nasi briyani tuh walaupon makan nasi dan ayam goreng je sebab sambal udang xde n saya x makan dalca oleh kerana ada kambing. Lepas makan gerak balik tapi g antar abg ipar ke Kl Sentral dan pakat tdo di rumah gombak saja. Seblom tdo sempat panjatkan doa kepada arwah mak dan pakcik i moga2 mereka dtempatkan di kalangan org yg beriman dan semoga doa2 itu sampai ke arwah...amin

Tuesday, December 29, 2009

Pemancing yg failed!!! but i'm a survivor


Honestly nak bgtau yg i ni mmg la bukan pemancing yg pro tapi boleh laa kalau diajak memancing. So pada pagi ahad yg hening tu bertolak laa kami ke Hulu Langat untuk memancing. Bgn agak lambat kerana malam tadi tdo jugak umah akak ipar i walaupon dah lewat tgh malam. So paginya agak susah nk bangun n bersiap. B4 sampai kami bekfes dulu, i juz makan lontong sebab xmo kenyang sgt. Sesampainya kami di situ baru sedar rupanya tools box tertinggal so terpaksalah hubby i n hubby akak ipar patah balik umah dia utk amik balik. Sib baik umah kat Cheras je kalau x mau kitaorg balik trus je. Sementara kami menunggu di situ mata tercari2 manalah tau ada mata kail org lain yg tercicir. Alhamdulillah jumpa gak so gunalah mata kail n tali tangsi yg pemancing lain tinggalkan. Lepas masuk umpan cacing biorkan je sampai lah dorang dtg n masing2 mulalah mencampakkan joran masing2. Agak sejam x dpt ikan gak so i tertarik ngan ikan2 kecik di gigi air. Tetiba ada idea tangkap ikan kecik tu guna botol mineral water 1.5 ltr je. Yeayeh...kerana dapat sekor anak ikan n beberapa anak udang....dan itu pon telah membuatkan hati saya sangat gumbira. Sedang ralit tetiba nampak kelibat udang galah rupanya menyorok di celah2 batu...Haih apalagi trus masukkan roti dalam botol tu n udang tu masuk tapi bila nk angkat udang tu terlepas jua...setelah beberapa kali cuba i pon give up n hanya cuci mata melihat pemandangan yg indah itu. Tepat 12.30 kami pon bersiap2 untuk pulang, otw balik singgah makan asam pedas claypot. Uishh biar btol 3 set asam pedas ikan merah+ 2 nasi goreng kg+5 air = RM 51.00....tapi xpelah maybe sebab ikan merah tu yg buat jadi mahal. Sampai umah akak ipar mata mmg x blh tdo layan tv je...ingat nak balik tapi akak ipar masak la plak so kenelah tgu sampai dia abis masak n then makan trus. Pukul 9 minta diri utk pulang tapi trus ke umah gombak. Perut tgh kenyang tapi ikutkan jua kerana kakak saya nk blanja makan di kam yong plak, so hanya makan lauk je n fresh orange yang superb! tapi mmg puas ati makan kat situ (credit to Dorisya) kerana meng promote kan tempat itu. Lepas makan mata x blh tahan dah n tertdo gak dalam keta dan bersambung tdo di rumah gombak.

p/s : tetiba teringat kat udang tu...dun worry i'll come back again to catch u!!!!

Monday, December 28, 2009

X'mas Day


Adalah hari tdo ye...kerana malam tadi pergi makan seafood di Bagan Lalang Sepang bersama kakak ipar bersama familinya dan juga biras baru i. Lepas makan kami jenjalan di sekitar pantai kerana ada carnival sempena Ulangtahun Majlis Bandaran Sepang. Anak buah saya teringin nak karaoke plak so layankan je la, pilih punya pilih so at last dia nyanyi lagu 'kalis rindu' dan lagu kedua adalah duet dengan i lagu 'cinta' kerana sekadar untuk meneman dia kat atas stage tu. Hmmm my voice dat nite mmg worst abis sebab maybe x warm up lg kot so tetiba nk g red box, nak asah my voice balikk. Yelah lama dah x g karaoke lagipon bcoz of x penah pon karaoke kt tempay mcm gitu..malu la wehh gamaknya. Sampai umah 3.30am kerana b4 balik umah lepak n borak2 di rumah kakak ipar. Bgn kol 11 pagi  hanya bangun untuk masak dah makan pastu sambung tdo balik. N then pukul 6 ptg kuar umah utk ke rumah gombak dan puas lepak2 sehingga kul 1 pagi . Dalam ngantuk2 balik gak tdo umah.

Thursday, December 24, 2009

I need a new hairstyle too!!!!

Hmmm mcm tau2 je rambut ni dah blh ikat skit....baru pagi tadi cakap dalam ati 'ish rambut ni dah nk kene trim balik nih'...tetiba kat opis afta lunch tgk kt wall fb Nana (DJ XFM) dia mention dat oredy changed her hairstyle. Dgn 'exited'nya trus click lalu ternampak la rambut barunya itu...OMG dats my fav hokay!bcoz short haircut ni mmg menjadi ke'soka'an saya sejak dulu lagi. hmmm..nampaknya melayang lagi la duit gaji kali ni sebab rasa nak buat rambut sebijik mcm tu...hati adalah sedang bernyanyi2 nk tukar hairstyle.Tapi baru je colour rambut ari tu memandangkan nak dekat x'mas so i pon taram la kaler mahogany.Hmm xpe laa berabes skit utk diz coming 2010.
http://www.xfm.com.my/blog/default.asp?a=nana

X'mas oh X'mas!!!!

Jingle bell...jingle bell...jingle all d way....
Huhuhu x putus2 org duk sending X'mas wishes thru sms n email since smlm lagi...X kurang jugak yang meng'invite' ke party "X'mas Eve". Hapa dorang ingat i ni celebrate X'mas ke? Oh nooo exactly wrong babes....i am not celebrate X'mas anymore. Dulu ye laa sebab ikutkan procedure majikan lamaku ISETAN yg mmg galakkan kita buat exchange gift bagai. Mmg la enjoy sebab dapat gift lagipon dah tanam dalam ati niat bukan nk celebrate pon tapi juz nak cukupkan syarat. Hmm dulu 5 years services kat sana means 5 gifts la i dapat  tapi yg paling ingat adalah set perfume tapi lper daa apa nama dia. Yg penting skali gift tu pemberinya adalah rahsia hokay!!! laaa ni duk tertanya2 sapalah gerangannya yg empunya diri tu.Yang paling ingat adalah 2 thn dapat double gifts adalah kerana time tu hangat  bercouple dgn budak Kadazan  Sabahan yg dah tentunya celeb X'mas, yelah apa ntah mamat tu buat skang erk...dgrnya dah jadi cabin crew SIA kot. Haih larik topic plak so kepada kawan2ku keep on sending all the wishes tapi dun blame me bcoz i'm strictly not celeb X'mas but juz to support to 1 MALAYSIA. daaa

Tuesday, December 22, 2009

ISMA tersingkir?????

Dgr tajuk diatas mesti sumer terkejut kan???I lglah terkejut bercampor soka kerana mmg x suker la ngan pasangan ni. Mmg dr segi tarian mmg pasangan ni hebat sebab dalam kepala Sazzy ngan Isma je yg layak ke final. Tapi rasanya sebab dorang ni slalu over confident sebab peratus slalu tinggi je yg buat org x vote utk pasangan ni. Setiap minggu mmg x penah jemu menunggu pasangan ni sebab nk tgk betapa overnya dorang ni especially Zul yg x bley blah mata terbeliaknya tu. Dlm paper arini pon Zul ada komen pasal memek muka semasa menari yg org kata mcm hanya lakonan semata2. Tapi nak buat mcm mana kan? dah nama xde rezeki. Oshin n Firdaus plak katanya menarik diri..pulokkkkk.....tau ari tu masukkan je Didie dah tentu pueh ati. Xpe laa yg penting nantikan je final SB3 ni ye...apa lagi kejutan yg bakal tiba nanti chowwwwwwww

S.U.N.D.A.Y


Pukul 8 lagi dah bgn trus gosok baju , basuh n sidai kain dan kemas seadanya. Dalam kul 10 dah kuar rumah tapi singgah jap Giant Batu Caves sebab nk beli glue utk eyelashes. Alang2 membeli suruh budak tu pasang skali ke mata saya. Alamak sedar2 keris pengantin plak tertinggal kat rumah, so nak x nak terpaksa la patah balik rumah then g balik semula ke Cheras. Rasa mcm buang masa sgt.

Pantai Hillpark --> Batu Caves --> Pantai Hillpark --> Cheras = ????buang masa

Seperti yg dirancang sampai di Cheras mekap kan kakak ipar plak. Lepas tu relax2 sementara menunggu sedara-mara yg lain dtg. Lepas dh cukup sumer 1.15 gerak dari situ seramai 10 buah kereta termasuk abah saya ke rumah pengantin perempuan. Sampai 1.30 ptg dan trus berarak , huhuhuhu dengar bunyi kompang teringat plak hari bahagia saya. Kompang plak sgt unik sebab siap menari2 n siap ada tarian naga bagai. Bila pengantin bersanding kami pon cr port nk duduk . Lepas tepung tawar pengantin baru lah makan . Tapi mcm klakar la plak sebab abg ipar saya ni isterinya br 25 tahun kira biras saya adalah mude 5 thn dr saya. nak panggil kak jugak @ panggil nama mcm slalu???tapi untuk hari tu saya act like adik laa siap cium tgn ko!!! dia plak nak cium tgn saya gak so agak lucu la gak....pas siap bergambar kami pon mohon pulang dan lepak umah akak ipar sampai pukul 9 mlm. Mcm2 yg dborakkan dr perihal kenduri sampailah ke plan bercuti utk tahun depan. Diajak plak kami join xtvt mancing dalam bot ke Kenyir tapi nantilah pk dulu sebeb bulan 2 nak ke Kuching n April maybe ada coti2 lagi memandangkan bulan itu adalah bulan anniversary...depends on rezeki la nanti erk. Seblom balik umah singgah umah Wira Damai sebab nak bagi cenderamata khas utk kakak ku yg terchentaaa itu. Mcm biasa kul 1.30 baru balik umah n trus zzzzzzzz

S.A.T.U.R.D.A.Y


Bgn kol 6 pagi (awal lagi) trus iron baju n then siap2. Sambil menunggu hubby bersiap sempatlah kemas umah sikit2. 7.30 gerak keluar dr rumah then singgah beli kuih muih untuk tetamu. Sampai je umah kakak ipar hidangkan terus kuih muih tadi. Sementara menunggu rombongan lain yg x sampai lagi sempatlah jugak mekapkan akak ipar. Pukul 9.30 rombongan pon bertolak n sampai di Masjid Cheras Utama pukul 10.15 pagi. Seperti biasa saya dan hubby mesti angkat dulang hantaran cuma kalai ini saya angkat rantai hantaran dan bank draft yg berjumlah $$$$$$....dan hubby plak angkat hantaran kasut(4" wehh). Dalam kul 11 majlis nikah bermula, sedih menyelubungi semua yg dalam masjid tatkala bapak pengantin menyerahkan anak dia kepada suaminya. Rasanya script yg dberikan oleh 'Wedding Planner' tu yg buat org sedih , kalau xde rasanya xla sesedih tu kan?. Lepas nikah pergi plak ke rumah pengantin perempuan sebab ada jamuan. Lauk pauk sedap jugak Daging Salai Masak Lemak Cili Api+ Sayur Campur+ Ayam Goreng Rempah + Sambal Belacan+ Sambal Tempoyak+ Ikan Masin+ Ulaman. Lepas makan angkat plak hantaran pemberian pihak perempuan...agak berat la gak sebab dapat bakul buah tapi tgn x reti diam asik mengunyah buah stoberi yg masak ranum tu. Sampai rumah akak ipar adalah sesi berehat sambil mengomen majlis. Pukul 5 kami pulang dan trus ke rumah Wira Damai sebab nak amik eye lashes dr HoneyLemonHoney yg telah selamat sampai by post.Lepak punya lepak sampai la sampai kerumah pukul 1 pagi..

J.U.M.A.A.T




Bgn kul 9 (awalnyer) sebab tdo umah Kak Atoi. Mula ingat sesaja menyinggah pas balik keje rupanya terlanjur tdo ctu plak. Pergi kedai jap then dia masak nasi lemak , mcm plik plak makan nasi lemak untuk juadah tengah hari kan ??? tapi mmg sedap sebab Kak Atoi buat sambal daging saling x tumpah mcm Arwah Mak yang masak. Sekurangnya lepas rindu nak makan masakan arwah. Pas makan lepak ramai2 depan tv, tgk je cter apa janji enjoy sgt menonton sambil berborak so dah tentulah mcm2 ragam kiaorang ni. Dalam kul 2 pakat nak buat kapkek plak, jadi atas permintaan semua buat la jugak cuma adunan tu x dibakar tapi kukus je memandangkan umah Kak Atoi xde oven. Alhamdulillah menjadi gak tapi kureng laa so cover dgn topping Chocolate Ganache yang membuatkan kapkek menjadi lebih sedap. Amat seronok bila tgk semua berebut-rebut makan kapkek yg saya buat tu. Ptg biras Kak Atoi datang ... hmm lagi riuh la dibuatnya sebab anak dia ramai tapi senyap kejap sebab diaorang pergi mandi kat 'pool' Fuhh... lega sikit sambil layan 'Iron Lady' di TV9. Lepak punya lepak akhirnya saya dan hubby balik jua lepas maghrib. Singgah jap umah member sebab dia nak beli cadar, pastu singgah lagi rumah sorang lagi untuk beli cadar gak tapi rezeki la plak sebab suami dia suruh tunggu sebab nak masak masak lemak ikan puyu n ikan kepah. Ni 1st time tau makan ikan sebegitu. Dah makan minta diri then singgah pulak rumah Wira Damai tapi lepak sekejap sgt memandangkan esok pagi2 kene pergi rumah kakak par sebab abang hubby bakal menikah...so sampai rumah dalam pukul 12.30 trus tdo....

Thursday, December 17, 2009

Supper

Supper di Jalan Ipoh pada pukul 12..30 pagi...tapi mata x rabak sebab tdo awal kol 8 then dkejutkan oleh hubby saya  kul 11.30 mlm semata2 nk g makan. Mulanya dia ajak g makan roti canai area umah je tup...tup kesana perginya..dalam ati membara gak tapi memandangkan dah selera dia ku teruskan jua...huh ingatkan makan blh kita senduk n letak dalam pinggan kita. rupanya kene hidang. Dat mean kene ckp nk makan utk berapa org laaa. Makan pon x mahal kitaorg order sambal kupang, kari kaki ayam, hati+pedal goreng n ikankembung bakar = RM26. Tapi i x usik pon kaki ayam tu sebab mmg x makan .Tapi kaki ayam je yg dia buat utk sorang makan yg lain utk 2 org makan so haruslah x terabis sebab byk jugak dia letak. Dah habis makan suh tapaukan hati+pedal ngan kupang je then pakat tdo umah gombak sebab dekat ngan ctu. Hati gumbira x terkata sebab esok nk g keje dekat skit n jalan x la jem pon. Sampai umah bg lauk tapau tu kt adik i yg kebetulan x tdo lagi, sepantas kilat dia trus amik n amik nasi...hehehehe langkah kanan tuh. I pon apalagi masuk bilik Zzzzzzz

p/s : tempat yg saya pergi ni mmg terkenal ngan kaki ayam n ikan bakar ye sebab sesapa yg blk dr clubbing n dangdut(Carnival) mmg singgah makan kat cni . So sambil makan dapatlah tgk gelagat GRO n nyah yg tgh cari makan.

Wednesday, December 16, 2009

Masa terluang

Seronok membaca blog org ni. Jadi dalam duk cbuk membaca blog2 so terjumpa la satu blog ni MYSTERIOUS GARDEN . Yang beshnyer adalah blog ini sarat dgn petua2 lama utk kegunaan kita seharian. Hmmm saja iklankan blog ni sebab manalah tahu berguna utk kita jugak http://cucurjawa.blogspot.com

Tuesday, December 15, 2009

Tough weekend+holiday





Birthday Cuppies+ Bihun Goreng +
Hot Dog Goreng = DONE
100 Cuppies + Choc Moist Cake = DONE
Fish Head orders (10kg)= DONE
Attend fren house warming
Good rest on Sunday

Weehoo...alhamdulillah semuanya success walaupun x daya la sgt.
So minggu ini juga adalah tough juga ye.

Thursday, December 10, 2009

Rezeki lagi

Diz morning adding 2 more order by my sista n my auntie. Nak suruh masakkan bihun goreng n hotdog for birthday party kat opis dia. Hmmm ok laa x consider last minute pon sebab esok pon coti xde pape nk buat. One more my auntie terchenta order 100 pcs cuppies n whole cake for this saturday nite. Alhamdulillah walau pon x byk but still gud for me. Malam ada kenduri doa selamat (house warming) kt umah Kak Milah. Ok laa peh tu x reti2 duk umah siapkan semua order tu.

Wednesday, December 9, 2009

Bzee weekend

Bz weekend bcoz lots of order coming diz morning.
Will tell u next entry......

Friday, December 4, 2009

nuffnang




Trip to Johore

Can't wait....must do packing after work
Have a nice journey

##Frustnyer...##


Sgt frustrated kerana x blh upload pics dsebabkan fon salah setting...salah tekan button itu hari...huhuhuuuu x blh laa nk letak pics g club baru aritu. K laa x blh tunjuk gambo so i story skit la yek. Hmmm since kawen ni mmg x penah pegi clubbing bcoz my hubby x berminat dah nk g. Pujuk nyer pujuk akhirnya menjadi gak dats y la lambat kuar umah, tu pon g ngan sis i.Around 1.45 baru sampai kt Centro Sampai je ctu trus lepak sambil tgk gelagat minah2 disco ligat menari(saya n hubby n my sis x minum alchohol hokay , coke suda) sampailah ke pukul 3 pagi meaning club tutup ler.Pastu sambung ke club baru iaitu Club tu located kat rooftop LOT 10, x salah ROOF club namanya. Dekorasi mmg sgt mewah kerana dalam club tu ala2 cter vampire. Mat rempit exactly not allowed sebab ada dress codenyer. Seronok gak pegi sebab xde org melayu sgt kalau ada pon blh kira dgn jari. Bukan apa pergi ctu bukan sebab nak menggila mabok2 tapi nak release tension, tgk gelagat org mmg amat mereleasekan tension saya. Lelagi plak dok melayan R&B. Lebih kurang kul 6 gerak balik...huh ingatkan trus balik rupanya ada agenda lain untuk menyambung kat Jalan Kasipillay pulok. Time tu mmg dah x tahan sgt so tdo je dlm keta with my hubby sementara menunggu kwn2 yg lain berenjoy lagi. Nasib baik dorang kejap je kt ctu so sampai rumah agak2 kul 7 pagi so trus tdo sebab kul 12 harus bgn sebab ada wedding kat Banquet Hall UPM. So nanti entry selanjutnya okkeh!!!