Total Pageviews

Search This Blog

nuffnang

Friday, April 2, 2010

PERGIMU TIADA PENGGANTI.....

Innalillah tu la yg 1st terpacul kat dalam ati kira2 6.30 pagi tadi tatkala menonton MHI di TV3 apabila host rancangan itu Ally Iskandar dan Abby Fana memberitahu bahawa Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah pada 12.30 malam tadi di Hospital Selayang kerana DENGGI BERDARAH. Mcm x percaya dan tiba2 rasa sedih sangat dan rasa terlalu cepat beliau meninggalkan kita. Rata2 semua rakyat malaysia terutamanya pendengar RADIO ERA terasa kehilangan dengan pemergian beliau. Tiada lagi lawak pagi2 while driving setiap hari, Pak Nil pon haruslah keseorangan dan tentunya tiada lagi DRAMA SEBABAK...RIUH PAGI ERA yang amat mencuit hati.... dari itu marilah kita bersama2 sedekahkan al-fatihah keatas roh beliau dan berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan org2 yang beriman amin....

Diingatkan bahawa DENGGI adalah penyakit yang berbahaya kerana boleh membawa MAUT. Bersihkan laa kawasan rumah kita dari pembiakan nyamuk AEDES. Kalau x kene kat kita mungkin terjadi kepada orang sekeliling atau org yang kita sayang.

1 comment: